This is a nice opportunity for you to show off your work using this amazing, clean and minimalistic template for blogger!

Friday, December 11, 2009

he is 22.


aku pernah membaca kisah asy-syaheed ini di sebuah buku lama dahulu. Sungguh menginspirasikan! Beliau menemui syaheed idaman di usia 22 tahun dalam keadaan yang sungguh hebat! Did a few googles and here is the same story I read from the book! Silalah baca dalam keadaan tenang dan penuh penjiwaan, seolah-olah anda berada di dalamnya.

Inilah kisahnya, Asy-Syaheed 'Imad Aqel. (24/11/1993)

Di awal tahun 70-an, Mukhayyam Jabaliyya sering dihiburkan dengan suara azan daripada seorang bapa yang mempunyai dua orang anak. Hasan Ibrahim Aqal adalah muazzin Masjid As Syuhada'. Tanggal 9/6/1971 adalah tarikh bertuah baginya kerana isterinya melahirkan seorang bayi lelaki. Beliau sangat berharap agar anak ketiganya ini akan mengikuti jejak perjuangan para mujahid terdahulu dalam berjihad membela agama Allah. Hassan menamakan anaknya 'Imad, mengambil sempena nama panglima Islam yang menentang tentera salib, 'Imaduddin Zanky.

Ketika semua pemimpin umat Islam mendiamkan diri dan tidak mengendahkan ancaman tentera salib, 'Imaduddin Zanky bangkit menghidupkan sunnah jihad. Hassan mahu anaknya mencontohi panglima ini dan menjadi seorang panglima jihad yang menentang penjajahan Yahudi di bumi Palestin. Lebih dari itu dia mahu anaknya mati syahid, mati sebagai seorang pejuang. Sekurang-kurangnya beliau boleh menumpang tuah di akhirat kelak hasil syafaat anaknya.


Untuk tujuan tersebut, 'Imad dilatih dan dididik sejak kecil lagi supaya beriltizam mengamalkan amalan Islam secara sempurna. Masjid An Nur adalah medan terbiah kedua selepas rumahnya sendiri. Tidak sukar mendidik kanak-kanak sepertinya yang terkenal dengan kepintaran di dalam pelajaran.


Dalam usia seawal 12 tahun, 'Imad sudah didedahkan dengan perjuangan IM Apabila tercetusnya Intifadhah (1987), dia mula melibatkan diri terjun ke medan perjuangan bersama rakan-rakannya melastik dan melontarkan batu kearah pasukan tentera Israel yang lengkap bersenjata. Usia muda tidak menjadikannya gerun melihat kedatangan tentera pengganas berkenaan.


Setelah tamat pengajian di peringkat menengah, 'Imad memohon untuk belajar di Maahad Al Amal dalam bidang perubatan. Namun cita-citanya tidak kesampaian kera beliau ditangkap pada 23/9/1988. Abangnya 'Adil turut ditahan. Mahkamah tentera yang membicarakannya menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan kerana 'kesalahan' terlibat dengan gerakan Hamas menentang rejim Israel.


Beliau kemudiannya dibebaskan pada bulan Mac 1990. Tetapi tidak lama. Beberapa ketika selepas itu beliau ditahan lagi keran dituduh merekrut seorang pemuda untuk menjadi mujahid.
Selepas dibebaskan, 'Imad menjadi lebih bersemangat. Dengan siapa saja dia berbual, pasti perbincangannya tidak akan lari dari topik j*had dan syahid. Kisah-kisah Khalid Al Walid, Saifuddin Qutuz, Salahuddin Al-Ayyubi dan Abu Ubaidah Al-Jarrah sentiasa bermain di bibirnya.

Kini beliau bukan lagi remaja yang hanya melontar batu dan melastik jip tentera Yahudi. Baginya, penggunaan lastik dan batu secara berterusan tidak membawa apa-apa makna bagi perjuangan umat Islam Palestin. Mereka perlu meningkatkan keupayaan untuk berhadapan dengan kecanggihan senjata pihak Yahudi. Mereka perlu melangkah lebih jauh. Mencari, mengumpul dan mencipta senjata serta bahan letupan yang dapat menyaingi apa yang ada pada pengganas Yahudi.


Untuk tujuan itu, beliau secara rasminya menyertai Kata'ib Al Qassam. Banyak masa dihabiskan olehnya bersama kumpulan berkenaan dan beliau benar-benar serius dalam perjuangannya. Melihat kesungguhannya, pihak pimpinan memberikan amanah kepadanya untuk memimpin operasi di utara Ghaza. Kumpulannya dinamakan Majmu'ah As Syuhada'.

'Imad dilantik sebagai komander walaupun ada mujahid yang lebih senior daripadanya. Pimpinan Kata'ib Al Qassam mengenali kebolehan dan kelebihan yang ada padanya. Beliau bagaikan seorang inteligent. Atau mungkin juga seorang komandor. Tugasnya ialah menangkap para munafik yang mempunyai buruan atau upahan rejim Yahudi. Mereka yang ditangkap akan disoal siasat dan setiap siasatan akan dirakam.


Setelah berjaya dalam berpuluh-puluih siri serangan keatas kedudukan tentera Yahudi, memadailah peranan mujahid yang seorang ini sebagai pembalasan ke atas tindakan ganas rejim Zionis yang melakukan pembunuhan kejam dan penyembelihan ke atas umat Islam. Kini tibalah masanya untuk pejuang ini menerima anugerah Allah sebagai salah seorang syuhada'. Perjuangan seterusnya pula perlu disambung oleh generasi lain.


Saat yang ditunggu-tunggu dalam hidupnya sudah begitu hampir. Tarikh 24 November adalah tarikh keramat bagi umat Islam Palestin. Pada tanggal itulah Doktor Abdullah Azam dibunuh di Peshawar (1989). 4 hari sebelumnya pula adalah ulang tahun pemergian Syeikh 'Izzuddin Al Qassam (1935). Maka pada 24/11/1993, 'Imad dijemput oleh Allah sebagai seorang syuhada'.


Pada petang berkenaan beliau yang berpuasa sunat menerima pelawaan sahabatnya. Farhat untuk berbuka puasa bersama. Rumah Farhat terletak bersebelahan dengan Pasar Jumaat dan Masjid Al Islah di Hayyus-Syuja'ah, Ghaza. Mereka gembira sekali menikmati juadah yang disediakan.


Selepas setengah jam menjamu selera, lebih kurang pukul 5.15 malam mereka dikejutkan dengan kehadiran beratus-ratus tentera Yahudi yang melingkungi rumah berkenaan. Keadaan menjadi cemas. Jumlah sebenar tentera Yahudi tidak dapat dipastikan tetapi kenderaan yang mengepung rumah itu ialah sebanyak 60 buah terdiri daripada jip, trak dan sebagainya. Jika purata sebuah trak membawa sepuluh orang askar, bererti mereka datang dengan 600 orang askar untuk membunuh seorang pejuang!


Ketika ratusan tentera mengepung rumah berkenaan, berpuluh-puluh yang lain memanjat rumah-rumah berdekatan dan bersedia melancarkan serangan dari atas. Helikopter juga didapati berlegar-legar di udara. Seluruh kawasan Hayyus-Syuja'ah dan Pasar Jumaat diisytihar perintah berkurung. Tidak ada sesiapapun dibenarkan keluar.


Ketika itulah terpantun kalimah dari mulut 'Imad "Inilah masanya untuk aku mati syahid!" Beliau segera naik ke atas sutuh rumah berkenaan dan menunaikan sembahyang dua rakaat. Beliau sujud menyembah Allah dengan harapan dapat bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan beliau sempat menunaikan sembahyang.

Belumpun sempat menyempurnakan sembahyangnya sebutir bom anti kereta kebal dilepaskan oleh helikopter ke atas rumah keluarga Farhat menyebabkan berlakunya gegaran yang amat dahsyat. Serentak dengan itu tembakan dari segenap penjuru kedengaran dan 'Imad tercedara.

Namun kecederaan yang dialami tidak manghalang beliau untuk membalas serangan. Beliau bingkas bangun dan lompat ke tingkat bawah dan menembak balas ke arah musuh. Tidak diketahui samada tembakannya itu menepati sasaran dalam suasana yang samar-samar itu. Tembakan demi tembakan terus berlaku terus berlaku dan pihak musuh menggunkan segala kekuatan yang ada pada mereka. Mereka menggunakan pelbagai senjata berat dan ringan untuk menewaskan hanya seorang manusia.


Setelah beberapa ketika, akhirnya 'Imad gugur syahid. Kepalanya hancur terkena tembakan. Setelah itu tiada lagi tembakan balas kedengaran. Tembakan hanya berlaku dari satu arah saja.
Setelah mengetahui 'Imad telah terbunuh, pihak Yahudi menghentikan serangan. Namun mereka masih takut untuk menyerbu masuk kerumah berkenaan. Mereka bimbang kalau-kalau itu hanyalah taktik 'Imad. Mereka saling bertolak-tolakan sesama sendiri bagi mengelak diri daripada menjadi orang yang mula-mula manghampiri rumah berkenaan. Ketakutan jelas tergambar di wajah mereka.

Akhirnya mereka mengarahkan seorang jiran untuk masuk. Setelah jiran berkenaan keluar, dia memberitahu bahawa sasaran mereka sudahpun terbunuh. Tetapi pihak tentera masih belum yakin dan mereka masih belum berani untuk masuk rapat ke kawasan rumah berkenaan dan meminta orang ynag masih berlindung di dalamnya supaya membawa keluar mayat 'Imad jika benar beliau telah syahid.


Seketika kemudian kelihatan Nidhal Farhat, 24 tahun, mengusung keluar jenazah 'Imad dan ketika itu barulah mereka yakin. Serentak dengan itu juga mereka melepaskan tembakan ke arah mayat yang sudah terbujur kaku. Tidak kurang daripada 70 butir peluru bersarang dalam tubuhnya. Tidak cukup dengan itu, mereka mencincang jasad berkenaan dengan pisau.

Operasi berkahir pada jam 10 malam. Keluarga Farhat ditangkap dan diikat dengan tali selepas baju mereka ditanggalkan. Sebahagian askar yang lain mengeledah rumah. Beberapa ketika kemudian mereka meninggalkan tempat berkenaan dengan melepaskan tembakan ke udara sebagai tanda gembira dapat membunuh seorang pejuang sambil melaung-laungkan nama " 'Imad, 'Imad........."


Berita serangan berkenaan disiarkan menerusi akhbar Israel, Palestin dan kebanyakan media antarabangsa utama. Seorang penulis berbangsa Yahudi, Amira Has mencatatkan di dalam akhbar Heart, "......(selepas serangan berkenaan) roh 'Imad Aqal, komander Kata'ib Al Qassam masih lagi beroperasi dan menguasai semenanjung Ghaza dan bukan hanya Mukhayam Jabaliya. Ketika tentera berada disana mereka dilontarkan dengan batu oleh kanak-kanak sambil menjerit: kami adalah 'Imad......kami adalah 'Imad......."

again, he is 22. We?

faham, ikhlas..terus langkah.




Friday, November 20, 2009

indah CiptaanNya.







using DSLR Canon 450D.editing with adobe photoshop CS3.
moga bermanfaat.


jom senyum.;p

Wednesday, November 18, 2009

cerpen bersambung-sambung. (PART 2)

Hinggalah tiba hari yang bertarikh 15 Julai 2009.

Imbas kembali.

Manial,

Suhu pagi itu panas-panas dingin. Damai. Angin padang pasir menari-nari diluar rumahku. Kadangkala, ia memukul lembut pipiku. Masuk secara tidak sengaja melalui pintu verandahku yang ku biarkan terbuka. Keriuhan kota Pulau Manial semakin mengendur memandangkan waktu subuh semakin hampir. Menjadi lumrah pada rakyat Mesir yang tidak tidur malam sepanjang musim panas. Selepas menunaikan sembahyang subuh, barulah mereka melelapkan mata.

Seruan azan subuh berkumandang dari ribuan menara yang bertebaran di seluruh pelusuk kota Cairo. Menandakan waktu subuh telah masuk.Hanya 2 rakaat, itupun masih ramai lagi tidak punyai kekuatan untuk menunaikannya.

Aku bingkas bangun mendapatkan tuala yang tersidai di balik pintu bilikku. Sempat lagi aku mengejutkan sahabatku, Miqdad, yang masih lagi lena sebelum aku masuk ke tandas. Pagi ini, seperti biasa, aku dan sahabat-sahabatku akan beriadhah di Suuq Sayyarat, Hayyu ‘Asyir. Perjalanan yang memakan masa hampir 45 minit dari rumahku ke Suuq Sayyarat memaksa aku dan sahabatku pergi lebih awal dari yang lain. Selalunya, kami pergi sebelum subuh. Lain pula jadinya hari ini. Kepenatan dengan kerja semalam barangkali.

Wusss!

Hembusan udara sejuk menyoroti laluaku tatkala aku memasuki masjid Nur Islam. Maklumlah, musim panas. Rata-rata masjid disini menggunakan penghawa dingin bagi mengurangkan kepanasan Sahara yang menggila. Suhu yang kini mencecah hampir 41 darjah sedikit sebanyak mengganggu ketenteraman jemaah.

Kedamaian menjalar ke seluruh urat saraf sebaik sahaja kuangkat takbir yang mulia. Udara sejuk yang berhembus terasa mengelus-ngelur leher dan mukaku. Terasa bagaikan belaian kasih sayang Ilahi yang maha agung.Alhamdulillah.


Aku bergegas mendapatkan tremco untuk ke Ramsis, yang menjadi stesen transit utama di Mesir.Ramsis, seakan –akan Puduraya di Malaysia. Salah sebuah bandar yang menjadi nadi bagi seluruh penduduk Mesir.


“Hayyu ‘Asyir “

“Hayyu Sabie’ “

“Awal Abbas Awal Makrom”

Teriakan yang keberapa kali pun aku tidak tahu. Ramsis,kota yang terkenal dengan suasana riuhnya. Pemandu-pemandu tremco sibuk memanggil sesiapa sahaja bagi memenuhkan tremco mereka. Jika sudah dipenuhi, barulah mereka akan bergegas ke destinasi yang dituju.

Aku dan Miqdad menaiki tremco menuju ke Hayyu ‘Asyir. Perjalanan diisi hanya dengan senggukkan kepala lantaran rasa ngantuk yang masih menebal. Bacaan Ma’thurat kedengaran seakan- akan biskut Chipsmore. Kejap ada. Kejap tiada.


Suuq Sayyarat, Hayyu ‘Asyir.

Aku bergegas ke padang utama. Pagi itu tidak ramai kerana ada yang sudah kembali ke tanah air tercinta. Selalunya hingga 10 pasukan yang beraksi. Tetapi hanya 4 pasukan sahaja. Maknanya, 2 padang dan 4 tiang gol sahaja yang diperlukan.

Permainan kali ini tidak selincah seperti minggu-minggu yang lepas. Aksi dan ‘skills’ kurang ditunjukkan. Senyap. Apa yang aku dapat simpulkan dengan permainan hari ini, sungguh tidak bersemangat!. Sebab cuaca? Tidak! Cuaca hari ini sangat cerah. Matahari pun masih malu-malu menyinarkan diri. Sebab lapar? Tidak juga! Tak pernah ku dengar sebab macam itu. Mungkin masih mengantuk? Entahlah! Aku biarkan sahaja segala persoalan yang bermain dibenak fikiranku. Ditiup angin melayang tinggi. Jauh hinggap di fikiran individu yang lain.


“Assalamualaikum warahmatullahi wa barokatuh”. Ust Fahmi Bazlan memulakan bicara.

Seperti biasa, selepas tamat riadhah, aku dan sahabat-sahabat yang lain akan disajikan dengan santapan rohani. Bagi melengkapkan pembinaan seorang individu, rohani juga perlu diisi. Biar seimbang dengan jasadi dan ‘akli.


Tazkirah yang diberi oleh Ust.Fahmi Bazlan sangat menyentuh hati kami semua. Tajuk yang dipilih pun sangat sesuai dengan keadaan sekarang. Masa. YA! Masa. Maklumlah,hampir semua pelajar-pelajar disini sudah pun menamatkan peperiksaan akhir. Kuliah bagi tahun seterusnya akan dimulakan dalam beberapa bulan lagi. Jadi, masa yang kosong ini, perlulah diisi dengan perkara-perkara yang befaedah. Tidaklah dibiar dengan hanya menonton televisyen, filem-filem, dan drama bersiri.


“Sebelum ana menamatkan tazkirah ini, sukacita, ana ingin memberitahu antum(kamu) semua, pada 15 Julai ini, akan diadakan satu program, iaitu Forum Baitul Muslim yang akan diadakan di rumah Indonesia, Hayyu ‘Asyir. Atas sedikit dari Game’. Diharapkan semua dapat hadir. Kalau boleh, beritahu kawan- kawan yang lain. Insya-allah sekadar it sahaja. Wallahu a’lam.”


Fikiranku mula terbang entah kemana halanya.Baitul Muslim?.Setahu aku, Baitul Muslim ini adalah untuk individu-individu yang sudah bersedia mendirikan rumah tangga. Untuk individu yang sudah mampu menggalas tanggungjawab yang berat. Mendidik diri, isteri,dan anak-anak. Yela, bagi aku, langsung tidak terlintas mengenai perkara ini. Bujang katekan.


Aku biarkan beberapa persoalan yang tiba-tiba muncul tidak diundang. Aku percaya, tentunya semua kawan-kawanku begitu juga.


Aku sempat membeli nasi lemak dan air soya sebagai sarapan untuk pagi itu sebelum berangkat pulang ke Manial semula.


Forum Baitul Muslim?.Nak pergi ke tak?.Perlukah?.Sekadar beberapa persoalan yang timbul.


to be continued..

Monday, August 24, 2009

jom ke bazar.

Satu kajian dibuat oleh islam online.net mengatakan bahawa lebih daripada 50% daripada koresponden mengatakan mereka memakan secara berlebihan ketika bulan Ramadhan

Namun kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa siapa sahaja yang tidak sukakan bazaar ramadhan. Ramai daripada kami yang belajar di Luar Negara sanggup berebut membeli tiket pulang lewat tahun ini semata-mata untuk merasa sendiri kemeriahan suasana ini.

Sangat meriah hinggakan ia tersenarai sebagai satu satu acara-acara menarik Cuti-cuti Malaysia.

Tetapi tempat indah ini punya jerangkap samarnya sendiri: pembaziran!

Jadi bagaimana untuk berjimat tetapi masih menikmati keseronokannya?

Ini apa yang saya buat:

  • 1. Balik ke kampung: Harga makanan di kampung jauh lebih murah daripada di Bandar. Di Sabak Bernam 1 ringgit boleh dapat 3 ketul kuih, 2 ringgit boleh dapat sejag air
  • 2. Hadkan duit yang di bawa: Jangan bawa dompet ke bazaar, memadai dengan membawa sejumlah wang. Misalnya RM 10, selebihnya tinggal sahaja di rumah
  • 3. Hadkan bilangan yang dibeli: Semua kuih yang saya beli saya hadkan kepada 3 (nilainya RM1)
  • 4. Hari esok masih ada: biasanya pasti ada perasaan seolah-olah kita beli semua benda di sana. Selalukan kata dalam diri “tak apa esok boleh datang lagi”
  • 5. Berkongsi: biasa saya ke bazaar beramai-ramai. Setiap kami beli barang berlainan. Sampai di rumah boleh di kongsi bersama-sama. Variasinya lebih dan keseronokannya berganda.

Alami kemeriahan sendiri cuma janganlah berlebih-lebihan

Ada cara lain mungkin?


jom senyum.



emasku.

Di suatu daerah pegunungan, sesosok pemuda sedang mempersiapkan bekal untuk perjalanan ke desa lain. Desa itu cukup jauh, harus melawati hutan-hutan dan gua. Pemuda itu hanya mampu membawa bekal untuk sekali perjalanan.

Saat pemuda itu memulai perjalanan, ia bertemu pengemis tua dengan pakaian penuh robek dan kumuh. Karena pemuda itu hanya mempunyai bekal secukupnya, dia pura-pura tidak melihat pegemis tua tersebut, dan berjalan melewatinya.

Tiba-tiba sang pengemis tua itu berkata, “Hai pemuda, ketika engkau melawati sebuah gua, ambil batu disekitarmu sebanyak-banyaknya!”

Pemuda itu cukup kaget, akan tetapi dia tetap tidak memperhatikannya, “alah, dasar pengemis, mau minta perhatian saja, paling dia mau minta sedekah.” Pikirnya.

Perjalanan pemuda itu dilanjutkan hingga hari sudah mulai malam. Ia pun harus mempercepat perjalanannya, karena dia harus melewati sebuah gua yang sangat gelap.

Ketika masuk ke dalam gua, ia teringat akan pesan pengemis tua. “ah, ngapain saya menuruti kata-kata pengemis tua itu!, lagipula ngapain saya harus membawa batu-batu di gua ini, menambah beban saya aja, mungkin pengemis itu sudah gila kali” keluhnya. Pemuda itu berjalan sambil meraba-raba karena gelapnya gua itu.
Sesaat kemudian di berfikir kembali, “Mungkin ada benarnya kata pengemis tua itu…” ia mulai penasaran dengan pesan pengemis tadi. Pemuda itupun mengambil sebuah batu kecil dan dimasukan ke saku celana.

Perjalanan panjang telah ia lalui, setelah melewati gua, ia mengarungi lembah, melewati gunung, hingga terasa bekal habis. Ia memaksa berjalan, walau perut kelaparan.

Akhirnya ia sampai juga di desa tujuannya, dan langsung ambruk tertidur di bawah sebuah pohon. Ia tertidur pulas. Tak lama kemudian, disaat berganti posisi, ia bangun, terasa ada yang mengganjal di celananya. “Ah, dasar bodohnya aku ini, aku membawa kemana-mana batu kecil tak berguna ini, menuruti kata-kata pengemis gila itu! Ku buang aja!” katanya dengan kesal.

Ketika akan membuang batu itu, terlihat batu itu berkilauan, memantulkan cahaya. Mata pemuda itu langsung terbelalak. “hah….., batu ini emas!” matanya melototi batu yang dipegangnya.

“ah…., andaikan saja……”

(Cerita saya kutip dari buku Quantum Teaching)

Sahabatku, penyesalan memang terasa setelah kejadian telah berlalu. Seberapa sering diri kita ini membiarkan dan cuek terhadap pesan, nasehat, saran, kritik, dari orang tua kita, guru-guru kita, teman-teman kita, bahkan orang asing yang selalu kita anggap hanya omong kosong belaka.

Kita sombong terhadap nasehat-nasehat itu. Nasehat yang membuat kita baru sadar bahwa ternyata pesan, nasehat, kritik, orang-orang terdekat kita itu akan membawa kita ke gudang emas kesuksesan. Akan tetapi kita mengabaikannya. Kita merasa tidak butuh oleh nasehat orang lain. Dan waktu tidak akan bisa kembali, kita hanya bisa menyesalinya.

Allah telah mengirimkan kita penasehat-penasehat melalui Nabi dan Rosul-Nya. Dan di teruskan kepada para ulama, dalam menyampaikan pesan-pesan yang akan membawa kita ke surga. Tapi, mengapa kita masih saja mengabaikannya? Ataukah kita berharap akan menyesalinya di hari kemudian?

~~~

Kepada sahabat-sahabatku sekalian, Selamat menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan (bagi yang melaksanakannya) . Mungkin Ramadhan kali adalah bulan ramadhan terakhir yang kita rasakan. Ya, karna kita tidak tau, kapan ajal menjemput kita.

Jangan sampai kita menyesal, bahwa di bulan yang Mulia ini, kita baru sadar ternyata banyak sekali emas-emas yang bertebaran.. . tapi sayang kita hanya mengambil sedikit saja... dan kita tak bisa mampu kembali ke ladang emas itu lagi.....



Sunday, August 23, 2009

ramadhanku.

Hari itu, kira-kira jam 5 pagi, si Asid tiba-tiba tersedar dari tidurnya apabila melihat sesuatu turun laju dari atas. Dia terkejut melihat nasi bercampur ayam goreng yang tiba-tiba masuk kebiliknya sebelum waktu subuh . Apabila ada makanan, maka bermakna mereka diarahkan berkerja oleh tuannya yang bernama manusia.

Lalu si Asid menjerit mengejutkan dua rakan karibnya. “ Oiii Enzim, Bakteria…..bangun, bangun!. Enzim dan Bakteria terpinga-pinga. “ Apahal ni Asid, pukul berapa ni?, tanya Enzim pada Asid. “ Pukul 5 pagi, tuan kita ni tiba-tiba je hari ni suruh kita berkerja”, jawab si Asid bersungguh-sungguh.

“ Alamakkk, apahal pulak tuan kita ni, selalunya shift keja kita mula kita 8 pagi, hari ni pulak kerja awal, mimpi apa bos kita malam tadi, leceh betullah”,Bakteria menyampuk dan mengeluh.


Dalam keadaan terpaksa mereka bertiga melakukan tugasan masing-masing. Bertugas dalam keadaan tergesa-gesa dan jarang dilakukan pada waktu begini. Enzim dan Asid masih merungut-rungut.

Menjelang jam 2 petang, mereka semakin hairan apabila tuannya tidak menyuruhnya berkerja. “ Eh, kenapa tak ada makanan masuk ye, tadi jam 10 pagi tak ada jugak, tuan kita ni tak ada duit ke?, keluh si Asid.

Tiga jam kemudian, si Asid mengeluh lagi, “ Wah, lama betul kita rehat hari ni, air kosong pun tak masuk, jom kita relak dan menyanyi! Mereka bertiga pun menyanyi dan menari. Masing-masing mengutuk antara satu sama lain kerana suara sumbang mereka. Lagu yang tiada irama dan tiada melodi. Kriookk, kreekk, krukkk. Kata si Enzim, “ Kita mana tau lagu lain, dari kecik lagu ni je yang kita tahu!

Jam sudah menunjukkan hampir 7.30 malam. Tiba-tiba Asid menjerit kuat. “ Tolongggg, tolongggg….. “ Apahal kau ni Asid!, sergah Enzim.

“ Kau tak nampak ke tu, bermacam-macam makanan dan air masuk dalam bilik kita ni. Tadi kita seronok tak ada kerja. Kalau banyak macam ni, 6 jam pun tak abis kita kerja malam ni, bos kita dah tidur tapi kita masih berkerja”, kata Si Asid dengan muka berkerut. Bakteria kaget dan terdiam.

“ Ya lah, ada macam-macam makanan ni, selalunya nasi je, tapi ni ada mee, rojak, karipap. Eh, cendol pun ada”, keluh si Enzim.

“ Betullah, air pun ada dua tiga warna ni, mandi lencunlah kita. Bahaya ooo, ini air pewarna. Malam ni kita kena overtimelah”, sampuk Bakteria. Dia terus merungut dan mengomel, dia terus bersyarah, “ Tapi tak pa, bos kita paksa kita kerja lebih masa, nanti aku pulas usus dia, aku keluarkan gas, nanti kita tenguklah, bos kita akan lama mencangkung dalam tandas, lembiklah dia lepas tu, silap-silap waktu maghrib pun abis


Esoknya, kira-kira pada waktu yang sama, Si Asid menjerit lagi, “ Bangun-bangun! Kita kerja awal lagi hari ini”. Bakteria tersedar dan berkata,” Ooooo…kau orang lupa ke, semalam kita kerja awal, hari ni pun kerja awal, maknanya dah masuk bulan puasalah, bulan Ramadhan”. Asid dan Enzim angguk tanda setuju.

“ Aku nak SMS kawan kita yang lain, nak tanya khabar mereka”, kata Asid. Mereka bertiga terus berkerja pada pagi itu sambil merungut-rungut kerana tidak biasa berkerja pada waktu begitu .Dan seperti Ramadhan yang lepas, biasanya mereka mengambil masa seminggu untuk menyesuaikan diri dengan rutin baru ini.

Tiba-tiba Asid bersuara, “ Kawan kita yang bosnya selalu pergi masjid tu dah jawab SMS. Dia kata dia dah biasa kerja awal pagi ni. Paling tidak sekali dalam seminggu. Dan dia kata, waktu bosnya berbuka puasa, tak banyak makanan, biasa saja dan tak perlu buat overtime. Tak macam kita, bilik kita macam tong sampah. Aku kesian juga kat kawan kita kat bawah tu, Si Usus Besar, padat bilik dia. Bau bilik dia jangan cakaplah.... . ”.

“ Untung ye kawan kita tu, dia dah tak terkejut kerja pada awal pagi. Dia dah lama dapat rehat, seminggu sekali pulak tu. Kita ni berkerja 335 hari tanpa henti , siang malam, 30 hari je dapat rehat. Itu pun rehat waktu siang. Bila bos kita berbuka, teruk kita dibuatnya, bukan dia saja tersandar, kita pun tersandar lebih masa kerja. Lepas tarawih kang ada moreh, kita keja lagi”, kata si Enzim.

“ Hahahaha….gelak si Bakteria. “ Nasib kita lah, sabor je dalam sebulan ni.... nanti bila bulan syawal, bersedialah kita, bukan overtime lagi dah, tapi dah tak ada time untuk kita rehat, macam-macam masuk dalam bilik kita ini, dah nasib kita!!

“ Abih camno, tak dapek den nak nolong eh, tapi harap-harap bos kita dapat dengar keluhan kita ni, lepas Ramadhan ni dia beri kita rehat sikit, kalau tak dapat seminggu sekali, sebulan sekali pun ok dah”, kata si Asid dengan muka serius dan masam. Asid ini memang sifatnya masam.

“ Yolah botul tu, bos kita ingat kito ni mesin ko, mesin pun ado maso rehat eh”, sampuk Bakteria.

“ Aku ada idea, kita pesan kawan kita tu, suruh bos dia ajak bos kita supaya rajin-rajin dengar ceramah agama dan sembahyang berjemaah kat surau tu. Ni tak, bos kita asyik sembahyang kat rumah je. Nanti bila dah dengar ceramah agama, harap-harap dia ubah sikap. Paling tidak dia belajar-belajar puasa sunat, kita dapat rehat”, Si Enzim memberi cadangan.


“ Betul tu! balas Bakteria. “Kau nak tahu tak, semalam aku lepaskan geram kat bos kita sebab dia lambakkan macam-macam dalam bilik kita. Masa dia sujud, aku keluarkan gas, lalu keluar balik cendul hijau kat hidung dia, padan muka kelahap sangat!”.


“ Hahahaha…., mereka bertiga gelak berderai-derai.

Tiba-tiba rakan mereka di bilik paru-paru bersuara, iaitu Si Alveoli. “ Oii…apa yang kau orang seronok sangat ni?

“ Saja, kita orang gelakkan bos kita ni. Kau pulak apakhabar? Bilik kau orang okey tak sepanjang puasa ni?, tanya Enzim pada Alveoli.

“ Alahhh, kau buat-buat tanya pulak, siang hari je bilik kita orang ni tak berasap. Nanti lepas buka puasa, kita orang lemaslah balik. Macam inilah gamaknya, dah berpuluh tahun macam ni”, komen si Alveoli

"Aku pun hairan juga, bos kita ni boleh pulak tak berasap selama 12 jam pada bulan Ramadhan ini, tapi pada bulan lain, dua tiga jam sekali bilik kita orang mesti penuh dengan asap “, si Alveoli terus mengeluh.

“ Kita kena pesan kat kawan kita kat bilik paling atas tu, Si Otak supaya suruh bos kita berhenti menganaiya kau orang. Suruh kuatkan semangat bos kita ni”, balas si Bakteria.

“ Setahu aku, Si Otak dah naik malas dah, bos kita ni selalu kata dia dah lama tahu akan keburukan telan asap ni, dulu bos kita penah taubat sedut asap ni, tapi taubat cili padi", jawab si Alveoli..

“ Kami semua dalam bilik ni dah makin tak larat dengan asap ni dan ada kawan kita orang dah tak larat nak kerja ambik oksijen dah, dia keluarkan lendir .Itu yang banyak kahak ,bos kita semput dan nafas pendik. Agaknya bos kita nak jadikan bilik paru-paru ni jadi simpanan toksik dan jadi kanser macam kawan bos kita tu yang mati baru-baru ni”, mereka terdiam mendengar cerita si Alveoli.

“ Yer ke, nanti bilik kau kena kanser, bila kita orang pun boleh kena jugak”, sampuk Si Asid.


Dalam mereka berbual-bual, Si Telinga juga menyampuk, “ Aku dah biasa dengar dalam iklan, tentang keburukan asap ni”.

Si Mata yang diam dari tadi berkata,“ Betul tu, aku pulak dah biasa membaca, malah sekarang ni, kat kotak rokok pun aku lihat bermacam-macam gambar ngeri akibat telan asap ni, tapi bos kita buat dek je. Dan kau orang nak tahu tak, hari tu mata aku ni tengok lama perempuan seksi tau, naik juling aku dibuatnya. Nama je puasa bos kita ni, aku tak diajaknya puasa sekali!

“ Aku pun ada dengar dalam Radio, menyuruh orang yang berjaya kurang merokok dalam bulan puasa ini, supaya kurangkan rokok pada bulan lain, kalau dapat terus berhenti lagi baik, tapi cuping aku dah tebal”, kata si Telinga sambil tersengeh.


“ Yalah, aku pun ada tenguk, ada orang kat Masjid tu, sebelum dia sembahyang dia sempat lagi berasap tu”, kata Si Mata menyindir.

“ Betul tu, ada hidung orang lain yang sensitif dengan bau asap ni dan menganggu solat dia orang, nanti buat pahala dan buat dosa serentak”, jawab Si Hidung yang dari tadi asyik menghidu.

Tiba-tiba Si Mulut berkata, “ Aku malas nak komenlah, bos kita ni jarang benar berzikir dan baca Al Quran dalam bulan puasa ni. Dia suruh aku bercakap pasal kerja dan masalah harian dia saja. Pada bulan lain, lagilah liat lidah aku ini untuk berzikir. Yang paling aku tak suka, aku maki hamun orang, macam tak ada beza dengan bulan tak puasa".

Dengan penuh bersemangat Si Alveoli menyeru, “ Jom kita buat deklarasi dan memorandum moga tuan kita akan berubah laku lepas puasa ni tahun ini, nanti kita semua akan lebih sihat dan selamat, bos lagilah selamat. Dia panjang umur, kita semua akan bertambah usia, bos mati, kita semua akan mati serentak tau!

Enzim bersuara. “ Nanti dulu, jangan lupa ajak si Hati, dia yang paling penting, tanpa dia, tak berkesan saranan kita nanti. “ Betul tu, tapi aku tengok si Hati pun dok muram saja, dia pernah beritahu aku yang dia pun sedih dengan bos kita. Badan si Hati makin kotor dan tidak sihat. Dia cuma diberi makanan berzat saja, tapi tak diberi secukupnya makanan hati”.

“Okey lah, nanti kita bincang dengan Hati, kita tanya pendapat dia. Rosak si Hati, kita semua akan rosak ”, kata si Asid.

Sunday, August 9, 2009

Jom belajar berdoa.


Insya-allah. Sedikit tazkirah ana ambil dari blog ust ana sendiri.(bakal teman sekerja).


"Ustaz, saya tak tahu macam mana lagi perlu dibuat untuk anak saya tu ustaz...saya nak mengajar tak pandai, nak hantar ke kelas tuisyen kami pun bukan orang berada ustaz, saya tak pernah berhenti berdoa untuknya, tapi nampaknya macam tu jelah anak saya, macam mana pun saya terima seadanya ustaz..". Itulah luahan hati seorang bapa yang secara tak langsung datang berjumpa saya sewaktu hari penyerahan rekod prestasi anaknya bulan lepas. Pak I, saya selalu memanggilnya dengan nama itu, dengan harapan dapat menunjukkan kemesraan antara kami memandangkan beliau berasal dari Indonesia. Beliau pun nampaknya suka saya memanggilnya dengan nama demikian.

Anaknya yang kini di darjah empat, pernah saya mengajarnya di tahun satu dulu, memang diketahui memang "agak slow" dalam pembelajarannya. Namun di satu dudut yang lain, guru - guru yang pernah mengajarnya juga mengetahui dan menyedari yang beliau seorang murid yang baik akhlaknya.Nampaknya Allah memang adil,tapi kadang - kadang kita je yang jarang menyedarinya.

Mendengar luahannya itu, saya pun terpanggil untuk menjawab: "Pak I, kalau macam tu usaha yang Pak I dah buat, saya yakin, Allah senantiasa mendengar apa yang Pak I mohon tu, cuma barangkali Dia sengaja "melambatkan" permohonan tu. Saya mintak Pak I bersangka baik pada Dia, sebab, mungkin ada ketika Pak I sedang memohon tu, malaikat - malaikat yang turut mendengar permohonan Pak I turut bersimpati lalu turut sama memohon supaya Allah makbulkan doa Pak I.Tapi Allah berkata, "Memang Aku sengaja tak mahu memakbulkan permohonannya tu dulu, sebab Aku seronok mendengar suara rintihan dia, kadang – kadang, bila dia terlupa memohon kepadaKu, aku rindu untuk mendengar suara rintihan dia.Biarkan, Aku akan perkenankan, cuma Aku sengaja melambatkannya.". Itulah bicara Allah tentang kita.

Begitulah agaknya prasangka yang patut ada dalam diri setiap kali memohon kepada Allah. Memang apa yang kita mohon terkadang cepat dijawab oleh Allah. Tapi tidak kurang juga yang sehingga kini masih belum ada perubahan. Percayalah, apa yang kita mohon itu sebenarnya tidak ada yang ditolak oleh Allah selagi keberangantungan kita kepadaNya sentiasa ada dalam melayari bahtera hidup. Ada orang yang memohon terus dimakbulkan tak sampai seminit, ada pula yang bertahun – tahun . Ingatlah, jika Allah tidak memakbulkannya hari ini, mungkin esok, tidak esok ,lusa atau minggu depan. Mungkin juga bulan depan, bahkan mungkin tahun depan. Lebih dari itu, kalau Allah tidak makbulkan di dunia, sudah pasti Allah telah tetapkan untuk dimakbulkannya di akhirat nanti. Bukankah ini lebih berbaloi dari apa yang kita minta?.

Kita ambil perumpamaan seorang ibu yang anaknya seorang penagih dadah. Saban hari ibu ini memohon kepada Allah agar memberi kesedaran dan keinsafan kepada anaknya untuk segera kembali. Saban tahun juga dia memohon untuk Allah jadikan anaknya ini penyejuk matanya sebelum beliau menutup mata, tapi ternyata sehingga beliau meninggal pun permohonan itu masih tidak dimakbulkan Allah. Rupa - rupanya Allah telah "tetapkan" bahawa anak tersebut akan insaf dan berubah setelah kematian ibunya. Dan ternyata Allah juga telah menetapkan bahawa disebabkan amal baik yang berterusan setelah bertaubat yang dilakukan oleh anaknya itu, menjadi penyebab untuk Allah memasukkan ibu tersebut ke syurga bersama anaknya tadi. Bukankah ibu tersebut telah dimakbulkan doanya itu? Bahkan dia juga mendapat lebih dari apa yang dimintanya. Begitulah tarbiah Allah kepada kita. Dia suka memberi lebih dari apa yang diminta oleh "orang yang dikasihiNya".Bersangka baiklah kita dalam memohon perkenanNya.

Doa itu senjata bagi oang mukmin.Ayuh praktis!..

Jom senyum.


Wednesday, July 15, 2009

.f.r.i.e.n.d.s.

Assalamualaikum.wbt.

Alhamdulillah. Makin ramai sahabat2ku sudah pulang ke Malaysia. Barangkali hampir semua sahabat sekuliahku sudah selamat berada dipangkuan keluarga. Disini aku ingin nukilkan beberapa butir kata yang aku merasakan kalian sahaja memahaminya. Walaupun hanya 6 bulan lebih kita bersama untuk tahun yang pertama ini, pelbagai pengalaman manis mahupun pahit sudah kita lalui. Insya-allah, segala yang baik itu datangnya dari DIA. Ku nukilkan juga untuk ikhwah2 yang sudi menerimaku, menjaga makan minumku, dan segala hal2 yang menyusahkan antum. Juga pada ahli beit yang tinggal di Manial El-Roda. Terimalah~

______________________________________________________________________________

“Tatkala Haman Cleopatra menghalang cahaya merah mentari petang, aku susun semua aksara yang ada. Lalu kurangkai menjadi sebuah kalimah yang mampu menterjemah goresan abstrak di atas prasasti kehidupan. Di atas alunan ombak Matruh yang keresahan ini, bibir ingin membicarakan rasa hati yang terpendam. Walaupun mata penaku ini semakin kekeringan. Hilang nadinya. Hilang fungsinya dan hampir hilang keupayaannya. Namun, sedapat mungkin mencernakan sebuah ungkapan yang tersirat, lalu menari mengikut rentak hati. Sedar bahawa yang tersirat perlu aku suratkan.”

“ Aku sedari bahawa persahabatan ini ibaratnya untaian melati. Mewangi semerbak haruman kasturi. Tidak mampu untuk aku gambarkan dengan segala pancaindera. Ibaratnya tiada susunan kata awalan dipermukaan, tiada kata berperenggan, tiada pula kata akhiran untuk aku rungkaikan. Lalu tersingkap sebuah mutiara rasa untuk menghurai melodi terpendam, buat mu, sebuah bingkisan kalbu dari kejauhan.”


“ Seandainya lautan itu aku jadikan dakwat, seandainya dedaunan itu aku jadikan kertas. Dan, seandainya lautan itu telah kontang kekeringan, seandainya dedaunan itu kehabisan, namun, pastinya ceritera kita semua tidak akan habis ditulis.”

“ Aku untai jutaan rayu tak terkirakan padamu. Aku cagarkan cakerawala serta cerlang sinar cahaya untuk menggenggam kembali kemesraan lalu. Walau sekadar bertemu di dunia yang kian sepi, janganlah persahabatan ini menjadi fantasi sedang ia sebuah realiti yang pasti. Usah biar ia bertukar menjadi sejarah suram, lalu sejarah bertukar mitos nan sepi, tanpa ada sesiapa pun generasi muka nanti menyedari malah mempercayai, bahawa, pernah wujud pada satu tika ikatan suci ini.”

“ Di mana akhirnya?. Semoga mampu kita pertahankan walau sekadar dalam ingatan, kendatipun tiada susunan puisi-puisi nan puitis yang terdaya aku lukis. Aku berdoa semoga musim semi ini akan sentiasa hijau. Semoga mengerti!”

__________________________________________________________________________________________

Salam ukhuwwah.

abdullah azzam b. mohd. Ghazali

22 : 53

15 Julai 2009

Manial El-Roda, Kaherah, Mesir.

-sebenarnya tidak berpeluang ke Matruh. Hanya gambar menjadi ilusi. Harapannya ia menjadi realiti kelak-



Monday, July 13, 2009

cerpen bersambung-sambung. (PART 1)